Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    UK ‘tiada rancangan’ pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

    LONDON, 4 NOV – Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri Rishi Sunak menyatakan pada Khamis, buat masa ini ia tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

    Idea itu disuarakan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Liz Truss dan beliau mengarahkan semakan mengenai perkara itu dilakukan, lapor agensi Anadolu. “Ia telah disemak. Tiada rancangan untuk memindahkan kedutaan Britain,” kata jurucakap kepada pemberita.

    Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan baharu itu dan berpendapat persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi. – Bernama

    Raja Charles III (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada resepsi untuk pemimpin dunia di Istana Buckingham di London kelmarin. Kerajaan Britain tidak mempunyai hasrat untuk memindahkan Kedutaan UK ke Baitulmaqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...