Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

UK tingkat keselamatan selepas ahli parlimen dibunuh

LEIGH-ON-SEA, UNITED KINGDOM , 17 OKT – Menteri Dalam Negeri Britain mengatakan keselamatan anggota parlimen akan ditingkatkan, setelah seorang penggubal undang-undang ditikam hingga mati ketika beliau mengadakan mesyuarat umum dengan pengundi tempatan, dalam serangan kedua dalam lima tahun.

Ahli Parlimen Konservatif Veteran, David Amess, 69, sedang berbual dengan pengundi di sebuah gereja di bandar kecil, Leigh-On-Sea, timur London, ketika beliau dibunuh pada hari Jumaat lalu.

Serangan tersebut telah mencetus ketakutan di kalangan ahli parlimen, yang terjadi hanya lebih dari lima tahun setelah pembunuhan yang serupa ke atas ahli parlimen Buruh, Jo Cox.

Polis mengatakan mereka sedang menyiasat ‘potensi motivasi yang berkaitan dengan faham pelampau Islam’. Siasatan ini diketuai oleh Perintah Tindak Balas Keganasan Scotland Yard.

Setiausaha dalam Negeri, Priti Patel telah mengarahkan peninjauan semula langkah-langkah keselamatan bagi penggubal undang-undang dan mengatakan kepada Sky News, “Kita perlu menutup segala jurang” dalam peruntukan keselamatan bagi ahli parlimen, yang pekerjaannya meliputi mesyuarat berkala dengan pengundi tempatan.

Dia mengatakan polis dan pihak berkuasa parlimen melaksanakan ‘perubahan segera dan langkah-langkah yang secara aktif dilaksanakan dan dibincangkan dengan ahli parlimen’.

Hal ini termasuk ahli parlimen berkongsi maklumat mengenai lokasi mereka dengan polis. Perlindungan ketat juga “sedang dipertimbangkan sekarang,” tambahnya. – AFP

Menteri Dalam Negeri Britain mengatakan keselamatan anggota parlimen akan ditingkatkan, setelah penggubal undang-undang ditikam hingga mati ketika dia mengadakan mesyuarat umum dengan pengundi tempatan. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -