Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ukraine alami serangan siber

    KYIV, 16 FEB – Ukraine semalam mendakwa laman sesawang Kementerian Pertahanan, pasukan tentera dan dua bank utama di negara ini, mengalami serangan siber yang didakwa berkemungkinan dilakukan pihak Rusia.

    Perkara berkenaan diumumkan badan pemantau komunikasi Ukraine, ketika negara bekas Soviet ini bimbang akan kemungkinan serangan dilancarkan oleh tentera Rusia yang sedang menjalani latihan di kawasan sempadan.

    Laman sesawang yang dilaporkan terkesan meliputi dua institusi kewangan terbesar di Ukraine, Oschadbank dan Privat.

    Perkhidmatan kedua-duanya kembali pulih lewat semalam, namun laman sesawang pihak tentera masih tidak dapat diakses beberapa jam selepas laporan awal serangan berkenaan dikeluarkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...