Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ukraine bangkit tewaskan Ireland

    DUBLIN, 9 JUN – Viktor Tsygankov berjaya menaikkan semangat Ukraine selepas mengalami kekalahan pada perlawanan lalu setelah pemain tengah itu merangkul kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara ke atas Republik Ireland, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut, Tsy-gankov merembat sepakan percuma pada awal separuh masa kedua di Stadium Aviva, Dublin.

    Ukraine menitipkan harapan dengan gol pendahuluan tersebut selepas mereka ditewaskan oleh Wales pada Ahad lalu, menamatkan peluang negara itu untuk melayakkan diri ke pentas Piala Dunia.

    Walaupun Ukraine tidak akan beraksi di Qatar nanti, respons mereka mengharungi kekalahan tersebut merupakan satu teladan yang patut dicontohi kerana masih berupaya membangkitkan semangat anak buah Oleksandr Petrakov.

    Sudah pastilah, anak buah Petrakov berdepan dengan kebimbangan yang lebih besar ketika pencerobohan Rusia masih lagi berterusan di negara mereka itu.

    Aksi Jason Knight (tengah) dalam perebutan bola dengan Denys Popov (kanan) dalam perlawanan Kumpulan 1B, Liga Negara-Negara UEFA antara Ukraine dan Ireland di Stadium Aviva, kelmarin. – AFP

    Petrakov mengakui bahawa impak emosi dan fizikal dalam perlawanan di Cardiff, ditambah lagi dengan peperangan yang berlanjutan menjejaskan prestasi anak buahnya.

    Beliau telah membuat 10 perubahan selepas perlawanan menentang Wales dan pertukaran tersebut membuatkan Ireland terpaksa melanjutkan rekod tanpa menang mereka dalam Liga Negara-Negara kepada 12 perlawanan.

    Harapan Ireland untuk memenangi perlawanan kumpulan Liga B sudah semakin kendur berikutan kunjungan Scotland ke Dublin pada Sabtu nanti selepas kekalahan berturut-turut di tangan Armenia dan Ukraine.

    Sementara itu, percubaan Vitaliy Mykolenko tersasar apabila Mykola Shaparenko sebagai pemain perancang mula mempamerkan aksinya.

    Pada lapan minit sebelum separuh masa tamat, percubaan Taras Kacharaba ofsaid selepas pemeriksaan VAR. Ukraine meraih gol pendahuluan apabila sepakan percuma Tsygankov masuk ke gawang menewaskan Kelleher.

    Pasukan tuan rumah hampir sahaja menyambar gol penyamaan pada minit ke-79 ketika Duffy menanduk masuk tetapi menyaksikan percubaan tersebut tersasar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...