Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ukraine berundur dari bandar medan pertempuran

    KYIV, UKRAINE, 24 JUN – Tentera Ukraine dilaporkan akan berundur dari Severodonetsk selepas berminggu-minggu berhadapan pertempuran sengit di bandar utama itu, menurut kenyataan daripada seorang pegawai kanan Ukraine kelmarin.

    Pengumuman dibuat sejurus selepas Kesatuan Eropah (EU) memberikan status calon Ukraine sebagai tanda sokongan kepada bekas republik Soviet itu.

    Rusia telah menumpukan serangannya di wilayah Donbas di timur Ukraine selepas diusir dari ibu kota Kyiv dan kawasan lain berikutan pencerobohan Februari lalu. Pasukannya secara beransur-ansur mencapai kemajuan walaupun menghadapi tentangan sengit dan mengalami kekalahan besar.

    Hab perindustrian di Severodonetsk yang penting dan strategik telah menjadi tempat pertempuran jalanan selama berminggu-minggu ketika rakyat Ukraine berjuang mempertahankan bandar itu sebaiknya.

    Namun demikian, gabenor wilayah Lugansk yang termasuk Severodonetsk, Sergiy Gaiday, berkata bahawa pasukan tentera Ukraine di bandar itu telah menerima arahan untuk berundur.

    “Kekal dalam kedudukan yang telah diletupkan tanpa henti selama berbulan-bulan sungguh tidak masuk akal,” katanya dalam Telegram, sambil menambah bahawa 90 peratus dari bandar itu telah dimusnahkan.

    Sementara itu, penduduk Ukraine telah pun diusir daripada kebanyakan bandar, menyebabkan mereka hanya mampu mengawal kawasan-kawasan perindustrian.

    Penawanan di Severodonetsk dan Lysychansk akan memberikan Rusia kawalan sepenuhnya ke atas Lugansk, dan membolehkan mereka untuk meneruskan serangan ke Donbas. – AFP

    Tentera Ukraine terpaksa berundur dari Severodonetsk selepas pertempuran sengit berminggu-minggu ke atas bandar utama itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...