Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Ukraine lancar serangan ke atas Rusia

    MOSCOW, 30 MEI – Ukraine melancarkan serangan ke atas ibu negara Rusia menggunakan lapan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau dron hari ini, namun kesemuanya ditembak jatuh, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Sputnik.

    Tiga daripada dron ini dipintas secara elektronik dan hilang kawalan lalu menyimpang dari sasaran, manakala lima lagi ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu dan senjata api antipesawat Pantsir-S.

    Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin berkata beberapa bangunan turut mengalami kerosakan. 

    Sebahagian dron yang digunakan Ukraine telah ditemui setelah merosakkan bangunan pangsapuri di Moscow, Rusia, 30 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...