Friday, August 12, 2022
24.7 C
Brunei

Ukraine: Perjanjian eksport bijirin bersama PBB, Turkiye

-

KYIV, UKRAINE, 22 JULAI – Ukraine berkata hari ini bahawa negara itu hanya akan menandatangani perjanjian untuk mengeksport bijirin bersama Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengelakkan Rusia, ketika delegasi berhimpun di Istanbul untuk meredakan krisis makanan global.

Pada hari ini, Moscow dan Kyiv dijangka memutuskan merangka mekanisme bagi membolehkan Ukraine mengeksport simpanan bijirinnya walaupun tentera Rusia melancarkan serangan artileri ke atas timur Ukraine.

Tetapi penasihat Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak mengecualikan perjanjian secara langsung dengan Rusia, mengatakan Kyiv dan Moscow akan mencapai perjanjian serupa.

“Kami menandatangani perjanjian bersama Turkiye dan PBB serta memikul tanggungjawab bersama mereka. Rusia menandatangani perjanjian tanpa perubahan dengan Turkiye dan PBB,” tulisnya dalam akaun Twitter.

Beliau memberi amaran bahawa pelanggaran Rusia terhadap perjanjian dan pencerobohan di sekitar pelabuhan Ukraine akan menerima tindak balas tentera dengan segera.

Perjanjian penting pertama antara pihak yang berperang – melalui perantaraan dengan PBB dan Turkiye – telah dijangka berikutan tentera Rusia menyerang pesisir selatan Ukraine dan membunuh beberapa orang di kawasan perindustrian Donbas.

Sementara itu, jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin mengumumkan bahawa perjanjian itu akan ditandatangani di Istana Dolmabahce yang serba mewah di Selat Bosphorus bersama Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan pemimpin Turkiye. – AFP

Bendera kebangsaan Turkiye, Rusia, PBB dan Ukraine dilihat di Istanbul sebelum majlis menandatangani perjanjian tersebut. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -