Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ukraine, Rusia dijangka adakan rundingan ketiga

    KYIV, 6 MAC – Ukraine dan Rusia dijangka mengadakan rundingan damai pusingan ketiga pada Isnin, menurut delegasi Ukraine, David Arahamia menerusi hantaran di laman Facebook  kelmarin, lapor Xinhua.

    Terdahulu pada Jumaat, penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak dilaporkan berkata rundingan pusingan ketiga antara Ukraine dan Rusia akan berlangsung pada Sabtu atau hari ini, memetik media tempatan.

    Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam perbualan telefon dengan Canselor Jerman Olaf Scholz pada Jumaat, Rusia terbuka untuk berdialog dengan Ukraine.

    Beliau berharap Kyiv akan mengambil “pendirian yang munasabah dan konstruktif” semasa rundingan pusingan ketiga itu. 

    Ukraine dan Rusia sebelum ini sudah mengadakan dua kali rundingan iaitu pada 28 Februari dan 3 Mac. – Bernama

    Mykhailo Podolyak melaporkan rundingan tersebut sepatutnya berlangsung kelmarin atau hari ini. -AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...