Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ukraine, Rusia putus hubungan diplomatik

    KYIV, 24 FEB – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky hari ini memutuskan hubungan diplomatik Kyiv dengan Moscow sebagai tindak balas kepada serangan Rusia ke atas jirannya yang disokong negara-negara Barat.

    Ia menandakan hubungan terputus pertama sejak Rusia dan Ukraine menjadi negara merdeka selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

    “Kami memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia,” kata Zelensky dalam mesej video.

    Ukraine dan Rusia mengekalkan hubungan sepanjang sejarah hubungan yang kompleks yang merangkumi dua revolusi pro-Barat di Kyiv pada 2004 dan 2014 yang ditentang kuat oleh Kremlin.

    Penganalisis berkata Kyiv berminat untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan Moscow kerana ia perlu menyediakan bantuan konsular dan lain-lain kepada kira-kira tiga juta rakyat Ukraine yang tinggal di Rusia.

    Keputusan Zelensky dibuat beberapa jam selepas Putin melancarkan serangan habis-habisan termasuk serangan udara dan pencerobohan darat di sepanjang sempadan utara dan selatan Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...