Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ukraine tarik balik pasukan di Lima

    WASHINGTON, 11 MAC – Ukraine memanggil pulang kakitangannya daripada operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di lima lokasi, kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kelmarin.

    Parlimen Ukraine Isnin lalu berkata bahawa Volodymyr Zelenskyy telah memutuskan untuk memanggil pulang pasukan pengaman Ukraine dari seluruh dunia bagi menghadapi serangan bersenjata Rusia, lapor Sputnik.

    “Kami telah menyatakan hasrat mereka untuk berundur dari Republik Demokratik Congo, termasuk 250 anggota tentera dan lapan helikopter.

    Kami juga menerima permintaan lanjut daripada Ukraine untuk menarik balik kakitangan yang masih berkhidmat di lima operasi pengaman lain – Mali, Cyprus, Abyei, Sudan Selatan dan Kosovo,” Dujarric memberitahu pemberita.

    Permintaan terbaharu itu merangkumi 250 anggota tentera, 36 pegawai dan pakar misi, dan 22 pegawai polis, tambahnya.

    Dujarric berkata mana-mana negara anggota PBB mempunyai hak menarik balik pasukan pengamannya.

    “Proses menghantar mereka pulang sedang dijalankan,” katanya.

    Pada 24 Februari lalu, Rusia memulakan operasi ketenteraan khas di Ukraine selepas Donetsk dan Luhansk meminta bantuan mempertahankan diri daripada serangan tentera Ukraine.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula dengan serangan melalui darat, laut dan udara.

    Negara-negara Barat telah mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Moscow sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraannya di Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...