Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ukraine teruskan musim baharu bola sepak

    KYIV, UKRAINE, 12 JULAI – Ukraine tetap akan meneruskan musim baharu bola sepak walaupun berdepan dengan pencerobohan berterusan Rusia, menurut kenyataan menteri sukan negara itu kelmarin.

    “Kejohanan bola sepak Ukraine akan bermula pada 23 Ogos nanti,” kata Vadym Gutsait dalam laman Facebook.

    “Kami bersetuju untuk mengusahakan prosedur bagi menganjurkan dan mengadakan pertandingan di bawah undang-undang tentera,” tambahnya.

    Kelab bola sepak Ukraine memutuskan pada April lalu untuk menamatkan musim sebelumnya lebih awal selepas digantung ekoran pencerobohan Rusia.

    Sementara itu, Shakhtar Donetsk mendahului Dynamo Kyiv dengan dua mata dalam kejuaraan Ukraine apabila musim tersebut terpaksa dihentikan dan pihak pengurusan liga memutuskan untuk tidak memberikan gelaran tersebut kepada mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...