Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ulama Indonesia bakal berdepan hukuman mati

    JAKARTA, 15 Feb – Seorang ulama Indonesia yang dipenjara didakwa menjadi perancang utama terhadap serangan keganasan pada tahun 2016 di Jakarta akan diadili hari ini dan menghadapi kemungkinan hukuman mati jika dihukum.

    Aman Abdurrahman didakwa atas kesalahan yang berhubungkait dengan keganasan terhadap serangan itu, yang diakui oleh kumpulan Islamic State (IS), membunuh empat orang yang berada di tempat kejadian di kawasan kejiranan yang sibuk. Empat militan lagi maut selepas mereka ditembak atau meletupkan diri.

    Dia tiba di sebuah mahkamah Jakarta dalam rompi oren yang dipakai oleh suspek jenayah, dikawal oleh pengawal bersenjata.

    Pendakwa membacakan dakwaan terhadap Abdurrahman atas tuduhan bahawa dia “sengaja melakukan keganasan atau ancaman untuk membuat keganasan di kalangan orang awam dan menyebabkan kecederaan besar-besaran … atau menyebabkan kerosakan” kepada harta benda, yang boleh membawa hukuman dari empat tahun penjara atau hukuman mati.

    Serangan itu – yang pertama diakui oleh IS di Asia Tenggara – menyaksikan adegan dramatik tatkala pengebom nekad meletupkan diri mereka dalam sebuah restoran sekali gus mencetuskan pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan bersenjata.

    Polis bersenjata Indonesia mengiringi ulama Indonesia, Aman Abdurrahman (tengah) ke dalam sebuah bilik persidangan mahkamah di Jakarta pada 15 Februari 2018 semasa penampilan pertamanya atas dakwaan pengeboman nekad 2016. – AFP

    Indonesia, sebuah negara yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia, telah lama bergelut dengan militan dan telah dilanda serangan serentak dalam 15 tahun yang lalu, termasuk pengeboman Bali 2002 yang menyebabkan 202 orang terkorban

    Walaupun dalam penjara sejak 2010, Abdurrahman telah secara aktif merekrut militan untuk menyertai IS, menurut Institut Analisis dan Konflik Dasar yang berpusat di Jakarta.

    Dia dianggap telah berkomunikasi dengan pemimpin kumpulan jihad dan merupakan penterjemah utama untuk propaganda IS di Indonesia, katanya.

    Ulama itu ditahan oleh polis kontra keganasan pada 12 Ogos, lima hari sebelum dia dibebaskan dari penjara atas dakwaan mengumpulkan dana untuk kem latihan militan di wilayah Aceh yang konservatif. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda