Ulama terkenal Indonesia meninggal dunia

JAKARTA, 14 JAN – Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia  di Rumah Sakit  Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19.

Bagaimanapun punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, 44, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia.

Menurut hantaran Instagram yayasan.syekhalijaber, pendakwah  bebas yang popular di aplikasi Instagram, YouTube dan TikTok serta sering muncul di pelbagai stesen televisyen tempatan itu meninggal dunia pada 8:30 pagi tadi.

“Benar Syekh Ali wafat. 08:30 WIB (waktu Indonesia Barat), sudah dalam keadaan negatif COVID. Di RS Cempaka Putih, Jakarta,” menurut rakan Allahyarham, Ustaz Yusuf Mansur dalam hantaran Instagram tersebut. – Bernama