Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) mengadakan acara untuk meraikan dua peristiwa penting pada hari ini, iaitu ulang tahun ke-48 penerbangannya dan ulang tahun ke-20 program penerbangan kerap syarikat penerbangan itu yang dikenali sebagai Royal Skies, bertempat di Kampus RB.
