Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Ular ‘Houdini’ terlepas di zoo Sweden

    STOCKHOLM, 24 OKT – Sebuah zoo di Sweden sebahagiannya telah ditutup selepas seekor ular tedung berbisa melepaskan diri dari kandangnya pada hujung minggu, dengan kakita-ngan hari ini masih mencari ular yang berbisa itu.

    Ular itu, bernama Sir Vas (Sir Hiss), melepaskan diri pada Sabtu melalui lekapan lampu di terarium dan dipercayai berada di suatu tempat di siling dalam.

    Dia baharu dibawa ke zoo beberapa hari sebelumnya.

    Ular itu kini telah dinamakan semula sebagai Houdini sempena artis terkenal yang melarikan diri, kata Jonas Wahlstrom, pengarah Akuarium Skansen.

    Kakitangan telah menyebarkan tepung untuk mencuba mengesan ular yang terlepas itu dan perangkap melekat turut digunakan.

    Mereka juga telah membawa masuk kamera khas yang direka untuk memeriksa paip kumbahan, untuk mencari ceruk dan celah di luar jangkauan. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...