Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ular tedung berjaya ditangkap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima panggilan mengenai kemunculan ular tedung berukuran 0.5 meter di kawasan berdekatan Bangunan Sumbiling Lama, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada JBP, lima anggota Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Haji Embran bin Haji Ya’akub dikejarkan ke tempat panggilan dan berjaya menangkap ular tersebut menggunakan peralatan snare catcher.

    Kenyataan menyatakan punca binatang-binatang liar seperti buaya, biawak dan ular adalah kawasan yang tidak bersih dan teratur di mana ia mengundang binatang kecil seperti tikus, rumput atau lalang yang terlalu panjang boleh menjadi tempat tinggal binatang liar berkenaan serta binatang ternakan atau binatang peliharaan yang boleh menjadi sasaran binatang liar berkenaan.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk memastikan persekitaran rumah mereka dalam keadaan bersih dan teratur, memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup di mana jika mereka tidak berada di rumah bagi menggelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah mereka.

    Anggota bomba dan penyelamat berjaya menangkap seekor ular tedung yang berada di luar bangunan di kawasan berdekatan bangunan Sumbiling Lama pada 23 Mac lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda