Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ular tedung masih hilang di zoo Sweden

    COPENHAGEN, DENMARK, 28 OKT – Seekor ular tedung berbisa melarikan diri dari sangkarnya yang ditempatkan dalam terrarium di zoo Sweden enam hari lalu, masih belum dijumpai, kata taman tersebut hari ini.

    Ular tedung berbisa itu melepaskan diri pada Sabtu melalui lampu di siling kandang kacanya di Akuarium Skansen, sebahagian daripada zoo di pulau Djurgarden di Stockholm.

    Pengunjung yang berada di dalam bangunan di mana ular itu berada telah dipindahkan.

    Pihak zoo kemudiannya menilai bahawa tidak ada risiko umum untuk pekerja atau pengunjung dan seluruh zoo kekal dibuka.

    Taman tersebut berkata ia telah mengesan reptilia itu semalaman di ruang terkurung berhampiran terrariumnya dan kakitangan kini sedang berusaha untuk menangkapnya.

    Sekiranya ular itu keluar dari bangunan itu, ia tidak akan bertahan dalam iklim sejuk, kata taman itu.

    Gambar fail menunjukkan pintu masuk Akuarium Skansen, di Stockholm, Sweden. – AP

    Nama rasmi ular itu ialah Sir Vass (Sir Hiss), tetapi sejak ia melarikan diri, ia telah digelar Houdini, sempena nama artis melarikan diri yang menggagalkan setiap percubaan untuk mengurungnya.

    Reptilia itu baharu sahaja dipindahkan ke terarium tersebut.

    King cobra boleh mencapai kepanjangaan sehingga 5.5 meter (18 kaki) dan kebanyakannya hidup di India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

    Zoo ini menempatkan kira-kira 200 spesies eksotik termasuk ikan, karang, buaya, penyu, cicak, ular, tikus mol, marmoset, tamarin singa emas, babun, lemur, labah-labah dan burung kakak tua. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...