Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Ular tedung mati digigit budak lelaki

NEW DELHI, 6 NOV – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipatuk seekor ular, menggigit semula ular berkenaan dalam satu kejadian di negeri Chhattisgarh di tengah India, menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Budak lelaki yang hanya dikenali sebagai Deepak itu dipatuk ketika cuba melindungi dirinya daripada reptilia itu di rumahnya di Pandarpadh di daerah Jashpur.

“Bila ular itu belit tangan saya, saya dipatuk. Saya rasa sakit. Saya gigit ular itu dua kali lalu baling ular itu,” kata Deepak kepada pemberita awal minggu ini.

Keluarganya kemudian membawa dia ke klinik kesihatan, lapor Agensi Anadolu memetik The New Indian Express.

“Dia segera diberikan racun antiular dan diletakkan dalam pengawasan sepanjang hari dan dibenarkan keluar,” kata pegawai kanan kesihatan daerah Jashpur, Dr Jems Minj.

Pegawai berkata budak lelaki itu hanya menerima gigitan kering dan ular itu tidak mengeluarkan sebarang racun sekali gus menyelamatkan nyawanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -