Ulas rumah tangga Laudya

Khabar angin kononnya rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran kini sedang goyah turut mendapat perhatian aktor popular Indonesia, Raffi Ahmad.

Menurut laporan Grid.ID, Raffi menyifatkan Bella seorang wanita yang memiliki peribadi yang baik dan setia.

“Iya… dia sangat baik, dia juga setia. Dia sanggup berkorban, berpindah ke Malaysia dan tinggal disana. Dia menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan itulah dia, luar dan dalam berusaha menjadi wanita dan isteri yang baik,” katanya menerusi temubual program hiburan Insert Story baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raffi berpendapat bekas kekasihnya itu memiliki karakter yang sama dengan isterinya iaitu Nagita Slavina.

Katanya, kedua-dua wanita itu bijak menyembunyikan sebarang masalah membabitkan rumah tangga.

Malah, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah memberitahu tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami di laman sosial.

Ini berikutan dia bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita perampas. – Agensi

Menurut laporan Grid.ID, Raffi menyifatkan Bella seorang wanita yang memiliki peribadi yang baik dan setia. – Agensi