Umaro Cissoko Embalo presiden baharu Guinea-Bissau

KIGALI, 23 JAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Negara Guinea-Bissau kelmarin mengesahkan bekas Perdana Menteri Umaro Cissoko Embalo memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden pada Disember lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Pengesahan dibuat selepas Mahkamah Agung baru-baru ini menolak rayuan calon parti pemerintah, Domingos Simoes Pereira, yang mencabar keputusan itu di mahkamah kerana mendakwa berlaku penipuan.

Calon pembangkang Embalo menang dengan memperoleh 54 peratus undi manakala Pereira meraih 46 peratus undi, menurut keputusan akhir dikeluarkan suruhanjaya itu.

Semasa tempoh berkempen, beberapa tokoh pembangkang mengikuti rapat di belakang Embalo, 47.

Beliau yang menerima sokongan presiden Jose Mario Vaz, memperoleh 12.41 peratus undi pada pusingan pertama.

Embalo menganggotai Madem, sebuah parti pembangkang yang dibentuk oleh pemberontak PAIGC.

Vaz adalah presiden pertama Guinea-Bissau, dalam tempoh 25 tahun, mengakhiri pemerintahan tanpa digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.

Pereira juga merupakan bekas perdana menteri.

Guinea-Bissau menyaksikan banyak percubaan rampasan kuasa sejak mendapat kemerdekaan dari Portugal pada 1973, empat daripadanya membuahkan hasil. – Bernama