Umat Islam bergelut dengan COVID-19 menjelang Ramadan

ISLAMABAD – Merentasi negara-negara Asia, yang merupakan tempat tinggal bagi separuh umat Islam di dunia, kedatangan bulan Ramadan yang suci ini akan bertembung dengan pandemik koronavirus ketika para ulama menyeru umat Islam untuk pergi ke masjid.

Pihak berkuasa telah berusaha untuk mengehadkan kejatuhan semasa bulan puasa yang suci, bermula Khamis atau Jumaat tetapi dalam banyak kes para pemimpin agama telah menyingkirkan kebimbangan mengenai kegiatan-kegiatan yang dapat menyebarkan COVID-19.

Di Bangladesh, para ulama mengecam usaha untuk mengurangkan jumlah orang yang pergi ke masjid, dan menuntut pemerintah sekular di negara itu mengizinkan berjuta-juta umat Islam untuk menunaikan solat-solat harian dan mingguan.

“Jumlah kuota jemaah yang dibenarkan oleh pemerintah tidak dapat diterima oleh kami. Islam tidak menyokong pengenaan kuota ke atas jemaah,” kata Mojibur Rahman Hamidi, anggota kanan kumpulan Hefazat-e-Islam.

Pemimpin-pemimpin Islam di Bangladesh, di mana berpuluh-puluh ribu orang menentang penutupan di seluruh negara pada hari Sabtu lalu untuk menghadiri pengebumian seorang pendakwah terkemuka, mengingatkan orang bahawa ‘wajib’ bagi seorang Muslim yang sihat untuk menunaikan solat di masjid. Di Pakistan, para ahli ugama mengatakan beribadat lebih penting daripada masalah koronavirus.

Gambar bertarikh 19 April 2020, menunjukkan para jemaah melakukan penjarakan sosial ketika Solat Zuhur di salah sebuah masjid di Karachi. – AFP

Pihak berkuasa mengalami di bawah tekanan agama, membenarkan solat setiap hari dan solat malam di masjid setelah para ulama berjanji untuk memerintahkan para pemimpin agama untuk membersihkan kemudahan secara berkala.

Menjelang bulan Ramadan, masjid-masjid telah dipenuhi di seluruh Pakistan dengan ratusan orang menghadiri solat Jumaat, duduk berhampiran dan hanya sedikit menghiraukan tentang penjarakan sosial.

“Saya akan mengambil semua langkah pencegahan, mencuci tangan dan menggunakan topeng saya tetapi itu tidak bermaksud saya akan berhenti menghadiri solat, terutama pada bulan Ramadan,” kata pemandu teksi Zubair Khan kepada media di barat laut bandar Peshawar.

Ancaman virus pada jemaah agama yang besar telah terserlah dalam beberapa minggu terakhir oleh tiga gelombang jangkitan di Asia, yang berkaitan dengan jemaah Islam yang terpisah dan besar di Malaysia, Pakistan dan India.

Asia adalah rumah bagi beberapa populasi Muslim terbesar di dunia yang terdiri dari kepulauan Indonesia hingga ke pergunungan Hindu Kush di Afghanistan, dan hampir satu bilion umat Islam tinggal di rantau ini.

Angka kematian akibat virus COVID-19 yang dicatatkan di rantau ini jauh lebih kecil dibandingkan dengan di Eropah dan Amerika Syarikat yang meningkat dengan stabil, yang mencetuskan kebimbangan bahawa virus itu dapat menimpa sektor kesihatan yang sering kekurangan dana.

Pandemik koronavirus telah menyebabkan penutupan di seluruh Asia, di mana banyak sekolah dan perniagaan ditutup, tetapi masjid-masjid tetap terbuka. Pada bulan Ramadan, masjid-masjid mengadakan solat seperti biasa dan berbuka puasa beramai-ramai, sementara beberapa buah keluarga mengadakan kenduri di rumah masing-masing dengan saudara dan rakan.

Di Asia Tenggara, terdapat satu perdebatan sengit di Malaysia mengenai sama ada bazar Ramadan yang biasanya tempat umat Islam membeli juadah berbuka puasa akan diadakan atau tidak pada tahun ini.

Malaysia telah mengeluarkan perintah penutupan di seluruh negara berikutan penularan koronavirus, dan pihak kerajaan pada minggu lalu mengatakan bahawa untuk memastikan penerapan penjarakan sosial, mereka hanya akan membenarkan sepertimana yang disebut sebagai “e-bazar”, di mana orang memesan barang secara dalam talian dari penjual tempatan yang kemudian dihantar ke rumah mereka.

Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perintah itu mungkin tidak dipatuhi sebagaimana pihak berkuasa di negeri Perlis mengatakan mereka akan membenarkan peniaga makanan beroperasi dari rumah dan di pinggir jalan, yang berpotensi meningkatkan peluang orang ramai melakukan perkumpulan. – AFP