Umat Islam perlu raih sokongan dunia – Dr M

KUALA LUMPUR, 11 NOV – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam harus berusaha mendapatkan sokongan dunia dengan menonjolkan ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak benar semua orang Eropah atau Amerika itu menentang Islam atau Muslim atau Palestin, kerana kebanyakan mereka sebenarnya bersimpati. “Kita perlu mendapatkan  simpati dan sokongan dunia jika kita mahu meng-hentikan penindasan terhadap umat Islam oleh Israel.

“Tetapi jika kita melakukan tindakan keganasan, kita akan mendorong mereka ke arah menyokong Israel, kerana kemudian Israel boleh mendakwa bahawa kita tidak boleh  bersikap normal dan ambil peduli terhadap nyawa orang yang tidak bersalah,” katanya. Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada siri kolokium antarabangsa mengenai pemahaman Islam atas tajuk ‘Menjelaskan Islamophobia: Kearah Pengertian Lebih Mendalam Mengenai Islam,’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. – Bernama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) melawat perpustakaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selepas menyampaikan ceramah di IKIM kelmarin. – Bernama