Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    UMNO Labuan bawa lima usul pada PAU

    LABUAN, 17 MAC – UMNO Bahagian Labuan akan membawa lima usul esok sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang berlangsung mulai semalam hingga Sabtu ini. 

    Setiausaha bahagiannya Mohd Dzulfaizal Ab Manan berkata kelima-lima usul berkenaan telah dipersetujui di semua peringkat Bahagian Labuan termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

    Usul pertama daripada lima usul itu menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia dan usaha-usaha beliau untuk memulihkan kembali ekonomi, keselamatan rakyat, kestabilan politik dan sosial dalam negara. 

    “Usul kedua UMNO Labuan juga bersetuju memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan pentadbiran negara dan melaksanakan agenda pemulihan negara berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia. 

    Usul ketiga UMNO Labuan menyarankan agar sepanjang tempoh ini, pemimpin dan ahli UMNO memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan dan mengukuhkan parti, merapatkan saf dan meningkatkan perpaduan sesama ahli serta berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dan pengundi,” katanya kepada Bernama sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang ini untuk menghadiri PAU esok.

    Mohd Dzulfaizal berkata usu keempat adalah UMNO Labuan menegaskan bahawa parti itu perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...