Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    UMT sedia bantu kes serangan ubur-ubur

    KUALA TERENGGANU, 10 MEI – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedia menawarkan kepakaran untuk membantu pihak berkuasa menyiasat dua kes serangan ubur-ubur di Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada Selasa lalu.

    Pensyarah Kanan Bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan UMT, Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata pihaknya boleh mengenal pasti spesies ubur-ubur tersebut dengan tepat melalui sampel yang dibawa ke makmal universiti itu.

    Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) disarankan supaya menutup sementara kawasan pantai terlibat untuk saintis menjalankan siasatan.

    “Banyak faktor yang boleh mem-pengaruhi kewujudan ubur-ubur ini termasuk suhu laut, musim membiak dan sumber makanan.

    “Siasatan perlu dilakukan kerana ada spesies ubur-ubur yang merbahaya dan memudaratkan manusia dalam tempoh yang singkat jika tidak dirawat secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

    Menurutnya ubur-ubur tidak boleh dikenal pasti hanya secara luaran sahaja, sebaliknya uji kaji lengkap mampu mengesahkan spesies yang sebenar agar PBT boleh mengambil langkah berjaga-jaga pada masa akan datang.

    “Orang ramai yang terkena sengatan ubur-ubur boleh mengambil inisiatif dengan mengambil sampel berkenaan bagi memudahkan proses rawatan sesuai diberi untuk mangsa dan sampel juga boleh membantu siasatan,” katanya.

    Selasa lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Pasir Mas, Kelantan dan seorang lelaki berusia 32 tahun dari Johor diserang ubur-ubur dalam kejadian berasingan di pantai tersebut. – Bernama

    UMT telah menawarkan kepakaran untuk membantu siasatan pihak berkuasa mengenai serangan ubur-ubur di Pantai Bukit Keluang dekat Besut. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...