Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Umtiti bantu beri ruang untuk Torres

    MADRID, 11 JAN – Barcelona melanjutkan tempoh kontrak Samuel Umtiti sehingga 2026 kelmarin, perjanjian yang dibuat untuk memberikan ruang dalam bajet kelab tersebut untuk menandatangani Ferran Torres, pemain baharu mereka dari Manchester City.

    Torres tidak dapat bermain untuk Barca sejak menyertai dua minggu lalu kerana jika mendaftarkan penyerang itu bermakna mereka melanggar sekatan perbelanjaan La Liga.

    Pelanjutan kontrak tiga tahun Umtiti bermakna gajinya akan diberikan dalam tempoh yang lebih lama, yang seterusnya mengurangkan jumlah yang perlu dibayar oleh Barcelona pada tahun kewangan semasa.

    Barcelona juga berkata “pemain pertahanan Perancis mengurangkan sebahagian daripada gajinya yang akan diterimanya dalam tempoh masa satu tahun setengah yang berbaki dalam kontraknya.

    Kelab itu menambah: “Kontrak ini dilanjutkan tidak memerlukan sebarang komitmen kewangan yang lebih besar untuk Barcelona FC berkenaan dengan pemain itu.”

    Lanjutan itu menjadi kejutan memandangkan Barcelona ingin menjual Umtiti untuk membantu mengurangkan hutang kelab tersebut yang melebihi satu bilion euro. Kontrak sebelumnya bernilai 18 juta euro setahun.

    Had perbelanjaan Barca musim ini hanya di bawah 98 juta euro tetapi mereka telah melebihi bajet, dengan undang-undang La Liga menyatakan mereka hanya boleh membelanjakan 25 peratus daripada simpanan yang dimiliki.

    Umtiti sebelumnya adalah pemain utama untuk Catalans tetapi kariernya telah merosot disebabkan oleh kecederaan berturut-turut dan telah lama berada di pinggir pasukan pertama.

    Tetapi dengan pembaharuan kontrak pemain berusia 28 tahun itu bermakna Torres akhirnya akan dapat bermain untuk Barca. – AFP

    Barcelona telah melengkapkan pembelian pemain penyerang Sepanyol, Ferran Torres dari Manchester City, diumumkan pada hari Selasa, 28 Disember lalu. Barcelona berkata Torres akan mempunyai klausa pembelian sebanyak AS$1.13 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...