Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO umum koronavirus sebagai pandemik

    GENEVA, 12 MAC – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelar wabak koronavirus sebagai pandemik, kelmarin, dan turut memberi amaran penularan global dan tahap teruk penyakit itu adalah disebabkan oleh ‘kurang tindakan di tahap membimbangkan’.

    Gesaan itu muncul selepas Eropah berdepan beberapa kes yang tinggi – termasuk negara yang baharu terjejas merekodkan kematian pertama – selepas kerajaan-kerajaan mengumumkan langkah-langkah tegas untuk memperlahankan kadar penularan virus tersebut.

    Bilangan kes di seluruh dunia telah meningkat kepada lebih 124,00 orang dan dengan 4,500 kematian, termasuk jumlah kematian yang meningkat di Iran dan Itali, menurut perkiraan yang dibuat oleh AFP.

    Kebanyakan kes tersebut dicatatkan di China di mana tempat wabak tersebut bermula pada Disember, tetapi angka jangkitan baharu telah berkurangan di negara tersebut, di tempat lain – Itali, Iran dan Sepanyol telah meningkat.

    Pemandangan suasana di tengah Rom, Itali, negara yang paling teruk terjejas di Eropah, kelihatan sunyi apabila kerajaan Itali telah mengarahkan penutupan di semua kedai di seluruh negara kecuali farmasi dan kedai makan untuk membendung koronavirus. – AFP

    Ketua tertinggi PBB telah mengkategorikan – buat kali pertama – penularan wabak tersebut sebagai pandemik, bermaksud ia merebak ke beberapa buah rantau melalui transmisi setempat.

    “Kami tidak pernah menjumpai letusan pandemik seperti koronavirus,” Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kelmarin, menambah pengumuman itu tidak akan mengubah bagaimana kesatuan tersebut bertindak menangani wabak tersebut.

    Tanda-tanda penularan yang meluas di Eropah dapat dilihat, seperti Ireland, Albaniam Belgium, Sweden dan Bulgaria masing-masing mencatatkan kematian pertama, sementara Itali mencatatkan lebih 2,300 kes baharu dalam tempoh kurang dari 24 jam dan Sepanyol mencatatkan jangkitan meningkat suku kepada lebih dari 2,100 jangkitan.

    Jumlah keseluruhan angka kes di Eropah melebihi 22,000 dan 930 kematian dicatatkan, dan AS berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk menghentikan perjalanan ke benua tersebut.

    Di Timur Tengah, negara yang paling teruk dilanda virus tersebut adalah Iran, yang merekodkan 63 kematian terbaharu, angka kematian tertinggi dalam masa sehari dan angka kematian keseluruhan adalah 354 orang. Mereka masih belum mengumumkan kuarantin tetapi mereka telah menutup kesemua sekolah, universiti dan hotel dan menyekat perjalanan.

    Di kawasan lain di rantau tersebut, Kuwait telah mengantungkan kesemua penerbangan keluar dan dalam negara, selepas beberapa buah negara di teluk itu telah menggantungkan penerbangan lebih awal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda