Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Undang-undang baharu lindungi identiti digital warga New Zealand

    WELLINGTON, 30 MAC – Rancangan undang-undang baharu yang dibentang kali ketiga kelmarin telah diluluskan bagi memudahkan rakyat New Zealand membuktikan identiti digital mereka dengan selamat.

    Rancangan Undang-undang Rangka Kerja Amanah Perkhidmatan Identiti Digital memastikan sistem digital dipercayai sama ada ketika membuka akaun bank, berkongsi sejarah perubatan, menjalankan perniagaan dalam talian atau memohon perkhidmatan kerajaan, menurut Menteri Ekonomi Digital dan Komunikasi, Ginny Andersen.

    “Kami tahu rakyat New Zealand mahukan kawalan ke atas maklumat identiti mereka dan cara maklumat itu digunakan oleh syarikat dan perkhidmatan yang mereka kongsikan.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -