Undang-undang bayaran Google, Facebook dipinda

CANBERRA, AUSTRALIA, 17 SEPT – Penggubal undang-undang Australia yang mendesak Facebook dan Google membayar untuk kewartawanan berkata hari ini draf undang-undang akan dipinda untuk mengurangkan beberapa kebimbangan syarikat digital tersebut, tetapi pada asasnya masih tidak berubah.

Badan pengawas perniagaan adil Australia Rod Sims, pengerusi Suruhanjaya Pertandingan dan Pengguna Australia berkata beliau akan menghantar draf akhir undang-undang untuk mendesak Facebook dan Google membayar syarikat media Australia untuk isi kandungan berita yang digunakan oleh mereka pada awal Oktober.

Facebook telah mengingatkan ia mungkin menyekat isi kandungan berita Australia daripada membayarnya.

Google berkata undang-undang itu akan mengakibat ‘Google Search dan YouTube yang lebih teruk,’ menjejas perkhidmatan percuma dan mungkin mendorong data pengguna ‘diserah kepada perniagaan berita besar.’

Sims berkata beliau sedang membincang draf undang-undang bersama platform media sosial AS. Ia mungkin diperkenalkan di Parlimen pada akhir Oktober.

“Google mempunyai beberapa isu mengenainya, sesetengahnya yang tidak disukai oleh mereka, manakala yang lainnya adalah isu yang akan kami gunakan bersama mereka,” beritahu Sims pada webinar yang dianjurkan oleh Institut Australia, kumpulan pemikir bebas.

“Kami akan membuat perubahan kepada beberapa isu berkenaan, tetapi bukan kesemuanya,” kata Sims. – AFP

Kombinasi gambar fail menunjukkan papan tanda Google dan aplikasi Facebook. – AP