Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Undang-undang ke arah penggunaan tenaga lebih cekap cekap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Kementerian Tenaga, baru-baru ini telah memperkenalkan rang undang-undang Energy Efficiency (Standards and Labelling) Order, 2021 (SLO) di mana ia menetapkan piawaian bagi pengimportan peralatan elektrik yang cekap tenaga ke negara ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, di sini, rang undang-undang itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Tenaga bagi mencapai ke arah tenaga yang lebih hijau untuk mendorong penggunaan peralatan yang lebih cekap tenaga di negara ini yang akan membawa faedah daripada segi kewangan, ekonomi dan alam sekitar yang memberi impak kepada perniagaan dan pengguna.

    Kenyataan menyatakan bahawa pasaran peralatan elektrik tempatan adalah terdiri daripada peralatan berkecekapan tinggi dan substandard di mana dengan mengambil kira pasaran semasa, rang undang-undang itu bertujuan untuk menghentikan pengimportan atau penjualan produk yang tidak memenuhi Piawaian Prestasi Tenaga Minimum (penarafan Minimum 1 bintang) dan pada masa yang sama mendidik masyarakat dan pengguna untuk menggunakan lebih banyak peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga di kehidupan seharian mereka.

    Penggunaan produk yang lebih cekap tenaga adalah salah satu kaedah paling efektif untuk mengurangkan penggunaan elektrik, yang kemudiannya membawa kepada pengurangan bil bulanan.

    Rang undang-undang berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat, yang mana pada peringkat permulaan akan melibatkan peralatan sistem penghawa dingin yang kemudiannya diikuti oleh peralatan elektrik yang berintensiti tinggi. Menurut laporan yang diterbitkan oleh ASEAN-SHINE pada 2015, sistem penghawa dingin menyumbang hampir 60 peratus penggunaan elektrik di bangunan di mana penggunaan secara meluas di hampir semua kediaman, bangunan kerajaan dan komersial di Negara Brunei Darussalam.

    Tempoh penangguhan bermula pada 14 Jun 2021 hingga 13 Jun 2022, masih membolehkan pembekal menjual produk yang tidak memenuhi piawaian baharu.

    Selain itu, sebarang sistem penyaman udara sub-standard yang sudah dipasang di premis sebelum pelaksa-naan perintah itu sepenuhnya tidak akan terjejas. Rang undang-undang itu juga akan memperkenalkan Skim Pelabelan yang menggunakan sistem penarafan bintang untuk memberikan maklumat yang relevan sebagai kaedah bagi mendidik masyarakat dan pengguna mengenai tahap kecekapan peralatan elektrik yang terdapat di pasaran, di mana lebih banyak bintang menunjukkan peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...