Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undi batal pengiktirafan Israel

    RAMALLAH, 16 Jan – Pemimpin Palestin semalam mengundi untuk membatalkan pengiktirafan Israel dalam satu tindakan yang berpotensi mencetuskan implikasi mendalam ketika mereka bertemu dalam respons terhadap deklarasi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden AS Donald Trump.

    Sementara menarik balik pengiktirafan Israel oleh Persatuan Pembebasan Palestin mungkin mencetuskan reaksi antarabangsa yang hebat, masih tidak jelas sama ada pengundian masih terikat.

    Satu pengundian sebelumnya oleh Majlis Utama Palestin yang sama, cawangan tinggi PLO, pada 2015 menggantung penyelarasan keselamatan dengan Israel tidak pernah dilaksanakan. Pengundian tersebut juga disahkan semalam.

    Bagaimanapun, walaupun jika tindakan tersebut tidak dilaksanakan, pengundian merupakan satu lagi pernyataan kemarahan Palestin terhadap deklarasi Baitulmaqdis oleh Trump dan apa yang dilihat oleh mereka sebagai serangan Rumah Putih ke atas usaha lama mereka untuk mencapai taraf negara.

    Pada Ahad, ketika beliau memulakan mesyuarat, presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang mengundi menyokong penggantungan, menggelar usaha perdamaian Trump “tamparan abad ini.”

    Pengundian mengarah Persatuan Pembebasan Palestin supaya menggantung pengiktirafan Israel sehingga ia “mengiktiraf negara Palestin,” membatalkan pemisahan Baitulmaqdis timur dan menghentikan aktiviti penempatan, kata kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda