Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Undi dua calon ketua kampung Mukim Gadong B

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung di Mukim Gadong B telah diadakan di dua lokasi berasingan, hari ini, iaitu bagi calon ketua Kampung Kiulap dan ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong.

    Hadir pada majlis pengundian dan pemilihan bagi calon ketua Kampung Kiulap yang diadakan di Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun, Kiulap, ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Calon tunggal yang layak dibawa ke majlis pengundian dan pemilihan berkenaan ialah Haji Awang Hassan bin Haji Mohammad yang telah mendapat 131 undian dan daripada jumlah tersebut 125 undian menyatakan bersetuju dengan enam tidak bersetuju.

    Manakala itu, hadir bagi mempengerusikan pengundian dan pemilihan bagi Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Shaibul Bandar ialah Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Haji Muhd Khairul bin Haji Jamaluddin.

    Calon tunggal bagi ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong ialah Pengiran Muhd Nurramzu Nasri bin Pengiran Haji Mohd Salleh yang menyaksikan 212 undi bersetuju dengan dua undian rosak.

    Majlis pengundian dan pemilihan calon bagi ketua-ketua kampung di mukim berkenaan dilaksanakan dengan menggunakan kertas undi dan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK.

    Keputusan pengundian dan pemilihan calon ketua-ketua kampung yang dijalankan akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

    Penduduk Kampung Kiulap semasa mengundi calon ketua kampung.
    Pengundian calon ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...