Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undi perlembagaan baharu

    SANTIAGO, 15 NOV – Chile mengumumkan hari ini bagi pemungutan suara untuk menggantikan perlembagaan negara era – diktator – memenuhi permintaan penunjuk perasaan selepas hampir sebulan tercetusnya protes dan keganasan.

    Piagam pada masa ini, yang digubal sejak 1980 oleh bekas tentera junta Augusto Pinochet, telah mengalami perubahan beberapa kali sejak kebelakangan ini.

    Tetapi ia tidak menubuhkan peranan negara untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan – dua permintaan yang dibuat oleh jutaan penduduk Chile yang akhirnya mencetuskan protes.

    Penggubal undang-undang kebangsaan Chile bersetuju awal hari ini untuk menangguhkan plebisit pada April 2020 selepas beberapa jam rundingan dibuat di antara kerajaan gabungan dan parti pembangkang.

    “Perjanjian ini merupakan langkah pertama, tetapi satu sejarah dan asas pertama bagi memulakan pembangunan pakatan sosial baharu,” kata menteri dalam negeri, Gonzalo Blumel. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda