Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Undi reformasi pencen, usia persaraan wanita dinaikkan

GENEVA, 25 SEPT – Pengundi Switzerland bersedia hari ini untuk menerima pelan reformasi pencen yang memecahbelahkan kerajaan, yang akan meningkatkan umur persaraan untuk wanita, sambil menolak desakan untuk mengharamkan pertanian kilang.

Sejurus selepas pusat mengundi ditutup pada tengah hari, institut mengundi gfs.bern mengunjurkan bahawa Swiss telah mengundi untuk memperbaharui sistem pencen mereka buat kali pertama dalam lebih seperempat abad.

Bern telah lama mempertikaikan keperluan untuk ‘menstabilkan’ sistem keselamatan usia bersara negara itu, di bawah tekanan apabila jangka hayat meningkat dan generasi anak damit meledak mencapai usia persaraan.

Kerajaan itu telah melihat percubaannya untuk memperkenalkan pelan pembaharuan pencen yang serupa digagalkan dalam tinjauan pendapat dua kali sebelum ini, pada 2004 dan 2017, tetapi gfs.bern me-ngunjurkan undian berasingan pada aspek reformasi yang berbeza melihat kedua-duanya lulus.

Keputusan awal menunjukkan 51 peratus pengundi telah memilih bahagian paling kontroversi dalam reformasi itu, melibatkan usia persaraan wanita ditambah setahun, kata gfs.bern satu jam selepas pilihan raya ditutup.

Sementara itu, undian berasingan untuk meningkatkan pembiayaan bagi reformasi melalui kenaikan cukai jualan berada di landasan untuk lulus dengan meraih sokongan sebanyak 56 peratus, kata pemeriksa tinjauan. – AFP

Poster pilihan raya menjelang undian reformasi pencen dijadualkan pada 25 September. – AFP
Artikel sebelum iniPadah curi wang datuk
Artikel seterusnyaDjokovic kembali di Piala Laver
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -