Undi untuk referendum Bangsamoro

COTABATO, Filipina, 21 Jan – Tekanan sedekad lamanya untuk menghentikan keganasan yang meragut kira-kira 150,000 nyawa di selatan Filipina berakhir hari ini dengan undian untuk memberikan kawalan besar ke atas minoriti Islam negara itu untuk memerintah rantau itu.

Undian itu adalah langkah terakhir dalam perjanjian perdamaian bersama kumpulan pemberontak Islam terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di negara itu yang majoritinya ramai penganut Katolik, yang menjadi kuasa penting dalam pemberontakan pemisah yang sudah bergolak sejak 1970an.

Para pengundi dilihat ramai di kawasan-kawasan teras rantau Bangsamoro, yang terletak di selatan pulau Mindanao, dan pengundi-pengundi dijangka akan menyokongnya di kebanyakan kawasan.

“Saya sudah letih dengan keganasan kerana ayah saya adalah salah seorang mangsanya,” kata Jembrah Abas berusia 22 tahun, menambah ayahnya telah dibunuh oleh penyerang tidak dikenal pasti selepas menyokong demi perdamaian. Pilihan raya itu ‘menjadi ulang tahun ke-20 kematiannya. Saya sudah serik dengan keganasan,” ujarnya kepada AFP.

Kira-kira 2.8 juta pengundi diperhatikan oleh lebih 20,000 anggota polis dan askar, dikhuatiri kumpulan pemberontak pesaing akan menggunakan keganasan untuk cuba mengganggu pilihan raya itu.

Pengerusi MILF, Murad Ebrahim semasa sidang media di Kem Darapanan MILF di Sultan Kudarat, Maguindanaoo, pulau Mindanao, selatan Filipina pada 21 Januari. – AFP

Proses perdamaian bermula pada 1990an dan tidak termasuk puak-puak Islamis yang tidak bertolak ansur, termasuk mereka yang menyokong kumpulan Islamic State (IS), yang juga aktif di selatan Filipina.

Sesuatu yang tidak dijangka semasa pilihan raya dibuka awal hari ini, bom tangan telah diletakkan di sebuah pintu masuk pusat pengundian di hab serantau Bandar Cotabato, namun gagal untuk meletup.

“Saya menjadi takut dan berhasrat untuk membatalkan mengundi,” kata Leticia Mangharal yang hanya beberapa meter dari tempat bahan letupan itu. “Namun ia tidak akan menghalang saya.”

Kerajaan dan MILF berharap, Bangsamoro stabil dan baharu akan menarik pelaburan ke rantau itu tempat kemiskinan dan pertumpahan darah telah memarakkan lagi pengrekrutan kumpulan radikal.

Presiden Rodrigo Duterte, yang juga berasal dari Mindanao, sudah lama menyokong penubuhan sebuah rantau autonomi bagi pulau-pulau Muslim.

Di bawah terma undang-undang yang mengatur kuasa-kuasa rantau itu, Bangsamoro akan mendapat AS$950 juta dalam dana pembangunan selama 10 tahun, serta sejumlah besar hasil cukai yang dijana dalam sempadannya.

Kerajaan nasional akan tetap mengawal pasukan polis, walaupun kepimpinan kawasan autonomi akan terlibat sama dalam hal ehwal keselamatan.

Keputusan akhir dijangka akan diumumkan dalam empat hari pengundian, dengan persetujuan mencetuskan pemberhentian pejuang ketiga MILF, yang kumpulannya berkata berjumlah 30,000 orang.

Sebahagian kawasan kecil yang tidak termasuk dalam pilihan raya hari ini akibat penangguhan pentadbiran, ditetapkan akan mengundi pada 6 Februari bagi menentukan sama ada untuk menyertai Bangsamoro. – AFP