Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Undian awal bermula menjelang p’raya Australia

    SYDNEY, 9 MEI – Proses undian awal bermula di Australia hari ini, dengan parti pembangkang berharap undian awal akan dapat membantu mendahului mengatasi dalam undian pilihan raya itu.

    Pengundi mula membuang undian mereka di 550 stesen undian seluruh negara itu ketika dua tinjauan baharu menunjukkan sokongan kepada Parti Buruh mengatasi Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

    Pengundian adalah diwajibkan di Australia dengan hampir 17 juta orang dewasa daripada 26 juta penduduk dijangka akan mengundi.

    Sepanjang kempen yang memberi fokus pada tekanan kos sara hidup, keselamatan negara dan perubahan iklim, kaji selidik dijalankan akhbar The Australian menunjukkan Parti Buruh mendahului dengan 54 peratus, berbanding 46 peratus bagi kerajaan gabungan Parti Liberal-Parti Nasional pimpinan Morrison.

    Kaji selidik itu juga mendapati sokongan pada Morrison sebagai pemimpin pilihan turun kepada 44 peratus, sekali gus hanya sedikit di hadapan Ketua Pembangkang, Anthony Albanese yang meningkat tiga mata kepada 42 peratus.

    Undian awal hari ini bermula sehari selepas debat antara Morrison dan Albanese yang disiarkan di televisyen, dengan ada ketika kedua-dua mereka menjerit antara satu sama lain. “Tiada apa yang disampaikan Morrison melainkan jeritan. Dia hanya mampu memburuk-burukkan dan tersenyum sinis sepanjang debat,” kata Albanese kepada media, hari ini. – AP/Agensi

    Scott Morrison (kanan) dan Anthony Albanese berdebat di televisyen menjelang pilihan raya persekutuan 2022, di Sydney, Australia 8 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...