Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Undian calon Penghulu Mukim Berakas A ditutup 6 Oktober

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Penduduk kampung Mukim Berakas A mula mengundi untuk memilih calon penghulu baharu dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Berakas A, yang diadakan di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Hadir pada pembukaan majlis itu ialah wakil Daerah Zon 2, ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan.

    Pada pengundian kali ini, tiga orang calon dibawa untuk diundi bagi mengisi jawatan Penghulu Mukim Berakas A.

    Sementara itu, temu bual media dengan beberapa penduduk kampung di bawah tadahan Mukim Berakas A, rata-rata melahirkan harapan agar calon yang terpilih akan dapat memimpin kampung di bawah tadahannya dengan baik selain menjadi perantara dua hala bagi menjaga keselamatan kampung di bawah jagaannya.

    Manakala seorang penduduk dari Kampung Pancha Delima, Haji Zaini bin Haji Pungut, yang datang mengundi bersama keluarga pula mengongsikan harapan jika nama yang diundi itu berjaya untuk menjawat jawatan tersebut, adalah diharapkan supaya calon berkenaan akan dapat menjalankan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik, adil, jujur dan amanah.

    Sehubungan itu, penduduk Mukim Berakas A yang berusia 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk mengundi bagi pemilihan calon Penghulu Mukim Berakas A sehingga 6 Oktober.

    Haji Zaini dan keluarga datang untuk mengundi, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara penduduk di bawah tadahan Mukim Berakas A yang hadir bagi mengundi di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda