Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Undian JKTT PGGMB baharu 15 Mei ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) akan mengadakan acara Membuang Undi bagi pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB (JKTT PGGMB) Sesi Perkhidmatan 2022 hingga 2025 pada 15 Mei nanti.

    Acara tersebut akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah pada hari tersebut, mulai jam 8:30 pagi hingga 4 petang di pusat membuang undi yang telah ditetapkan di setiap daerah.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, acara tersebut dilaksanakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar, Kampung Sungai Akar; Sekolah Rendah Keriam bagi Daerah Tutong; Sekolah Tunas Jaya PGGMB Kuala Belait pula bagi Daerah Belait dan bagi Daerah Temburong, acara berkenaan akan diadakan secara undi pos.

    Sehubungan itu, semua ahli-ahli PGGMB dialu-alukan hadir pada hari tersebut untuk membuang undi bagi memilih lima jawatan tertinggi dalam PGGMB yang dipertandingkan iaitu, yang di-pertua, timbalan yang di-pertua, pengerusi tetap, setiausaha agung dan setiausaha kewangan.

    Manakala, keputusan pemilihan tahun ini akan diumumkan pada Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Agung PGGMB kali ke-72 bagi sesi 2021 hingga 2022 yang akan diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar, pada 29 Mei nanti.

    PGGMB telah mengadakan pemilihan ahli-ahli JKTT setiap tiga tahun seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PGGMB.

    Ahli-ahli yang terpilih akan dilantik untuk menganggotai JKTT PGGMB untuk tempoh tiga tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...