UNESCO iktiraf 36 lagi tapak baharu

FUZHOU, 1 OGOS – Sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) yang melabuhkan tirai di Fuzhou, wilayah Fujian pada Sabtu, menyaksikan sebanyak 36 tapak baharu dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Antaranya termasuk Quanzhou, bandar pelabuhan di timur China yang berstatus emporium dunia ketika zaman Dinasti Song dan Yuan.

Kini China mempunyai 56 tapak warisan dunia.

Sesi ke-45 WHC dijadual diadakan di Kazan, Rusia tahun depan. – Bernama