Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNESCO terima resolusi pro-Palestin

    RAMALLAH, 14 OKT – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kelmarin menerima dua resolusi yang menyokong Palestin pada sesi ke-212 lembaga eksekutifnya yang diadakan di Paris.

    Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyebut resolusi mengenai Palestin yang dicerobohi dan institusi kebudayaan dan pendidikan Palestin dipersetujui sebulat suara oleh anggota majlis eksekutif organisasi itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Menurut kenyataan itu, resolusi itu menegaskan status Baitulmaqdis Timur sebagai kota yang dicerobohi dan menggesa penamatan segera tindakan tidak sah yang dilakukan Israel di kota suci Baitulmaqdis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda