Ungkap perasaan terkilan

Pelakon Nabila Huda (gambar bawah), mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media sosial, sedangkan dia boleh berdepan untuk menasihati kesilapannya.

Nabila dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram, baru-baru ini, berkata PU Syed juga tidak sepatutnya menganggap, tindakannya bergambar dengan anjing jenis Husky ketika bercuti di New Zealand, baru-baru ini seperti sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti.

Pelakon Munafik itu berkata, dia juga terkilan apabila PU Syed seolah-olah melihat golongan selebriti sebagai kelompok manusia yang membawa pengaruh tidak baik kepada masyarakat.

Nabila berkata, orang luar tidak sewajarnya menggunakan alasan memberikan teguran untuk menegakkan perbuatan mereka dengan sewenang-wenangnya menghukum orang lain.

“Berhenti menggunakan media sosial untuk menjatuhkan orang lain. Itu sudah dikira berdosa kerana ia mengundang pelbagai andaian negatif orang lain terhadap saya,” katanya. – Agensi