Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ungu hampir berpecah gara-gara ego Pasha

    Disebabkan sikap ego dan minat untuk terjun ke dunia politik, vokalis Ungu iaitu Pasha mendedahkan dia dan anggota lain pernah bergaduh sehingga mahu membubarkan kumpulan tersebut.

    Ketika itu, Pasha merasakan niat untuk bertukar bidang adalah kehendak sendiri dan tidak perlu pendapat rakan-rakan yang lain.

    “Pernah dahulu sampai satu tahap di mana anggota Ungu bergaduh, khususnya saya bersama Enda dan Onci.

    “Ia berkaitan dengan niat saya untuk terjun ke dunia politik.

    “Ketika itu ego saya seolah-olah muncul. Apabila ego bertemu ego ia jadi pergaduhan.

    “Bagi saya, itu keputusan saya dan hidup ini seharusnya saya tentukan sendiri,” ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

    Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsudin Said, 43, bertanding dalam pilihan raya Indonesia pada 2015 dan kemudian dilantik menjadi Ketua Kota Palu, Sulawesi Tengah.

    Bagaimanapun pada pilihan raya 2020, dia gagal menempatkan nama sebagai calon.
    Walaupun aktif dalam dunia politik, kerjaya seni Pasha bersama Ungu masih berjalan seperti biasa sehingga hari ini.

    “Semua masalah itu kami sudah lalui dan syukur sekarang lebih terbuka. Kami sentiasa menyokong dalam apa jua aktiviti yang dilakukan,” jelasnya. – Agensi

    Pasha akui pernah ego kerana hendak sertai politik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...