UNHRC terima pakai resolusi memihak Palestin

RAMALLAH, 23 JUN – Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki semalam mengumumkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) menerima pakai tiga resolusi yang memihak kepada Palestin, lapor agensi berita Xinhua.

Resolusi menentang penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki menerima sokongan 26 negara sementara dua menolak dan sembilan berkecuali, kata al-Maliki dalam satu kenyataan. – Bernama