UNICEF bimbang kanak-kanak di pusat tahanan Libya

TRIPOLI, 13 OKT – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak migran yang ditahan di Tripoli, Libya.

Menurut UINCEF dalam satu kenyataan, keadaan keselamatan dan kesejahteraan sekurang-kurangnya 1,000 wanita serta kanak-kanak, termasuk lima kanak-kanak tanpa ditemani dan sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak damit amat membimbangkan, lapor Xinhua.

Terdapat ribuan migran serta pencari suaka termasuk kira-kira 751 wanita dan 255 kanak-kanak ditahan pihak berkuasa Libya baru-baru ini.

“Hak anak-anak migran dan pelarian di Libya terus dinafikan apabila mereka ditahan sewenang-wenangnya,” kata wakil khas UNICEF ke Libya, Cristina Brugiolo.

UNICEF dan agensi kemanusiaan lain mendesak pihak berkuasa Libya untuk melindungi kanak-kanak dan tidak memisahkan mereka dengan ibu bapa, penjaga dan keluarga. – Bernama