UNICEF: Jutaan kanak-kanak Yaman bakal kebuluran

KAHERAH, 26 JUN – Jutaan kanak-kanak mungkin mati kebuluran tatkala pandemik koronavirus melanda negara Yaman di tengah kemerosotan ‘besar’ dalam pembiayaan bantuan kemanusiaan, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengingatkan hari ini.

Ramalan serius itu keluar dalam laporan UNICEF baharu, ‘Yaman lima tahun berikutnya: Kanak-kanak, konflik dan COVID-19.’ Ia berkata jumlah kanak-kanak yang kekurangan pemakanan seimbang mungkin mencecah 2.4 juta pada akhir tahun, pertambahan 20 peratus berbanding angka sekarang.

“Tatkala sistem kesihatan dan infrastruktur Yaman bergelut untuk mengatasi koronavirus, situasi yang telah pun teruk untuk kanak-kanak mungkin merosot seterusnya,” UNICEF mengingatkan.

Situasi di Yaman dijangka bertambah serius tatkala negara penderma mengurangkan bantuan. Yaman mencatat lebih 1,000 kes COVID-19 termasuk 275 kematian.

Bagaimanapun, jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi kerana keupayaan ujian adalah amat terhad.

Jika kami tidak menerima bantuan, kanak-kanak akan kebuluran dan ramai akan mati,” kata Sara Beysolow Nyanti, wakil UNICEF ke Yaman. “Komuniti antarabangsa akan menghantar satu mesej bahawa nyawa kanak-kanak adalah amat penting.” – AP

Gambar fail menunjukkan seorang anak damit baru lahir yang kekurangan pemakanan seimbang terlantar dalam inkubator di hospital Al-Sabeen di Sanaa, Yaman. – AP