Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UNICEF Kemboja lancar kempen tangan krisis kesihatan mental

    PHNOM PENH, 15 JUN – Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Kemboja hari ini telah melancarkan kempen baharu digelar ‘Saya Rasa Lebih Baik Apabila…..’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

    Satu kajian mendapati bahawa 45 peratus remaja yang ditinjau di Kem-boja bimbang mengenai keselamatan mereka semasa pandemik COVID, dan 19 peratus merasa cemas atau tertekan sejak krisis itu bermula, UNICEF berkata dalam satu kenyataan media.

    Kajian juga menunjukkan bahawa 58 peratus pelajar sekolah menengah melaporkan mengalami sekurang-kurangnya satu isu masalah mental, agensi PBB itu berkata, menambah bahawa UNICEF telah menjadikan kesihatan mental sebagai salah satu keutamaannya ketika dunia sedang pulih daripada pandemik.

    “Memang sudah ada krisis kesihatan mental kanak-kanak tetapi pandemik telah membuatkannya lebih teruk,” Anirban Chatterjee, wakil timbalan program di UNICEF Kemboja, berkata. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...