Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    UNICEF serah peralatan perubatan kepada hospital di Sabah

    KOTA KINABALU, 27 JAN – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia menyerahkan peralatan perubatan bernilai RM627,948 untuk kegunaan wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di lima hospital di Sabah, awal minggu ini.

    UNICEF Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata hospital tersebut adalah Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Keningau, Hospital Duchess of Kent di Sandakan dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas di sini.

    Penyerahan peralatan perubatan yang diselaraskan bersama-sama Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu, termasuk peralatan seperti inkubator pengangkutan mudah alih, mesin elektrokardiogram (ECG), mesin penebula, mesin ekstraksi vakum dan mesin kardiotografi (CTG).

    “Kami berharap peralatan perubatan yang diserahkan akan membantu usaha Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan perubatan yang sebaiknya kepada kanak-kanak dan ibu di Malaysia.

    “UNICEF bekerja bersama-sama kerajaan demi setiap kanak-kanak di Malaysia dari Perlis ke Sabah, merentasi semua kumpulan etnik dan kaum, warganegara dan bukan warganegara, pendatang dan golongan yang tidak mempunyai dokumen dan kanak-kanak terpinggir dalam semua kumpulan ini iaitu kanak-kanak kurang upaya,” kata Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam Dr Rashed Mustafa Sarwar dalam kenyataan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...