Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNIMAS jalin kerjasama dengan universiti Peru

    KUCHING, 29 NOV – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universidad Peruana Cayetano Heredia, sebuah universiti swasta dari Peru, dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang pengajian tahun depan.

    Duta Besar Republik Peru ke Malaysia Ricardo Estanislao Morote Canales berkata kolaborasi itu akan memberi tumpuan kepada tiga aspek – biodiversiti, tenaga diperbaharui dan penyakit tropika.

    “Kami berhasrat untuk bekerjasama kerana kita tahu, contohnya Sarawak sedang berusaha untuk beralih daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga hijau.

    “UNIMAS juga sedang berusaha membanteras penyakit denggi, yang merupakan satu daripada penyakit yang ada di Peru, jadi inilah bidang yang kami ini tingkatkan kerjasama dengan Sarawak,” katanya.

    “MoU berkenaan sudah dirumuskan, hanya perlu ditandatangani. Saya akan mengadakan perjumpaan dengan UNIMAS untuk menjemput pihak mereka ke Peru, dan mungkin MoU itu mungkin akan ditandatangani Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat keatas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Luis Javier Campuzano Pina di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda