Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    UNIMAS teruskan peranan tingkatkan kehidupan masyarakat Sarawak

    KUCHING, 16 SEPT – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus melaksanakan peranannya dalam meningkatkan kehidupan komuniti yang pelbagai kaum dan bertaburan di Sarawak melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi teknologi.

    UNIMAS dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini memaklumkan sebagai universiti terulung di Sarawak, pendidikan menjadi kunci kepada kejayaan negeri itu dalam usaha ke arah membangunkan industri dan ekonomi digital.

    Menurut kenyataan itu, UNIMAS melaksanakan peranan penting dalam menyokong Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak mempromosikan tenaga hijau, perubahan iklim dan tenaga serta kelestarian menerusi pengwujudan Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE).

    “UNIMAS juga rakan penting kepada Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak, bermula daripada aktiviti penyelidikan dalam penyakit berjangkit di Sarawak sejak 25 tahun lepas dan pelaksanaan perkara baharu dan perubahan besar dalam pengurusan COVID-19 bersama kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

    Legasi kepentingan pendidikan di Sarawak yang telah bermula sejak zaman pentadbiran Rajah Putih dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat berterusan sehingga kini memandangkan inisiatif Kementerian Pendidikan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan malah memastikan kesejahteraan mereka.

    “Penyediaan pendidikan di Sarawak bukan semata-mata dengan membina sekolah tetapi juga memperuntuk sumber yang besar untuk infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang diperlukan untuk menyediakan persekitaran pendidikan yang kondusif.

    “Penyediaan pendidikanlah yang memacu pembinaan bagi pembangunan infrastruktur asas untuk masyarakat bandar dan luar bandar,” menurut kenyataan itu.

    Menurut UNIMAS, Malaysia perlu bergantung kepada pendidikan sebagai kunci dan pelaburan yang semakin diperlukan.

    “Setiap keputusan yang kita buat hari ini boleh memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada generasi akan datang. Pada masa yang sama, ia juga tanggungjawab belia generasi ini untuk membangunkan pendidikan yang lebih saksama dan berkesan untuk Keluarga Malaysia yang lebih bersatu,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...