Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Uniqlo tingkat gaji pekerja hingga 40 peratus

TOKYO, 11 JAN – Syarikat induk Uniqlo berkata hari ini ia akan menaikkan gaji ribuan pekerjanya di Jepun sehingga 40 peratus untuk membantunya menjadi lebih berdaya saing di peringkat global.

Peningkatan gaji akan dikenakan kepada sekitar 8,400 pekerja sepenuh masa daripada 56,000 yang bekerja untuk syarikat induk Fast Retailing di Jepun.

Pertambahan itu akan berbeza-beza mengikut kategori kakitangan, dengan pekerja yang baharu, berkemungkinan meraih sedikit peningkatan sebanyak 20 peratus, manakala mereka yang memegang jawatan pengurusan atau lebih berpengalaman boleh memperoleh pendapatan lebih dari 40 peratus setahun.

Dalam satu kenyataan, Fast Retailing berkata ia berharap bayaran gaji yang meningkat akan membawa kepada pertumbuhan individu dan seterusnya daya saing global yang lebih besar.

Kenaikan gaji, diikuti dengan pelarasan lain yang dibuat ke atas gaji pekerja sambilan yang diumumkan tahun lepas, bakal menyaksikan kos kakitangan Fast Retailing di Jepun meningkat kira-kira 15 peratus.

Langkah itu diumumkan semasa inflasi Jepun pada kadar 3.7 peratus pada November, angka tertinggi sejak 1981 dan susulan gesaan Perdana Menteri Fumio Kishida untuk gaji yang lebih tinggi.

Tetapi Fast Retailing tidak memetik keadaan ekonomi Jepun semasa mengumumkan kenaikan gaji, sebaliknya mengatakan gaji kini akan berdasarkan kriteria diselaraskan secara global – AFP

Pejalan kaki berjalan di hadapan kedai Uniqlo yang dikendalikan oleh Fast Retailing, Jepun di Tokyo pada 11 Januari 2023. – AFP
Seorang lelaki berjalan melepasi papan iklan di pintu masuk kedai Uniqlo yang dikendalikan oleh Fast Retailing Jepun di Tokyo pada 11 Januari 2023. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -