Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    UNISSA anjur KAIB XIV

    Oleh Syahmi Hassan –

    KALIMANTAN, 7 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah bekerjasama menganjurkan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB XIV) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Hotel Bumi Senyiur, Samarinda, Kalimantan, Indonesia.

    Mengetuai rombongan UNISSA pada persidangan berkenaan ialah Rektor, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Dengan tema ‘Pelestarian dan Integrasi Peranan Ilmu dan Amal di Wilayah Nusantara’, ia memuatkan pembentangan sebanyak 51 kertas kerja termasuk tujuh kertas utama.

    Tujuh orang wakil UNISSA membentangkan kertas kerja semasa persidangan itu yang terdiri daripada Dekan FPPI, Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha; Timbalan Dekan FPPI, Awang Muhammad Sahrin bin Haji Masri; Dr Hussain bin Othman, Dr Khatijah binti Othman, Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yusuf, Dr Nurefnazahani binti Haji Durani dan Hajah Radziah binti Haji Abdullah.

    Hadir bagi merasmikan persidangan ialah Rektor Universitas Mulawarman, Profesor Dr Ir Abdunnur, dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah KAIB, Profesor Madya Dr Abdul Razak bin Abdul Kadir.

    Pada hari pembukaan, sesi pleno turut diadakan di mana pembentang-pembentang utama telah membincangkan topik mengenai perkembangan pendidikan.

    Gambar ramai delegasi yang menyertai KAIB XIV yang berlangsung di Hotel Bumi Senyiur, Samarinda, Kalimantan, Indonesia. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...